Posts

PERTANDINGAN MEMBINA PERANGKAP NYAMUK

Image
20 MAC - Pihak sekolah sekali lagi berjaya mengadakan pertandingan membina perangkap nyamuk. Program yang diadakan pada 20 Mac 2017 yang lalu sekitar jam 2.30 petang melibatkan semua murid Tahap 2 yang terlibat dengan kokurikulum. Objektif aktiviti ini ialah : 1. Membantu pihak sekolah menyediakan perangkap nyamuk bagi mengelakkan nyamuk berkeliaran dalam kelas dan bilik-bilik khas 2. Persediaan mencari wakil murid ke peringkat negeri dalam konvensyen doktor muda 3. Mengetengahkan bakat dan potensi murid dalam reka cipta dan cintai alam sekitar 4. Memupuk semangat kerjasama dan mesra dengan rakan-rakan

AKTIVITI KECERIAAN BERSAMA SUKARELAWAN IM4U

Image
20 MAC - Seramai 30 orang pelajar Politeknik Merlimau dari Kelab Askar Wataniah dan Pelajar Majlis Perwakilan wujud bersama dengan iM4U untuk aktiviti kerja sukarela di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2. Menyertai pasukan itu Syamel daripada TV hit menunjukkan Akademi Fantasia dan Duo Star. Dua dinding dihiasi dengan mural yang cantik oleh pasukan sukarelawan. Aktiviti ini dianjurkan oleh iM4U sempena Reach Out Convention & Celebration 2017. Politeknik Merlimau telah dipilih sebagai lokasi kelima dan terakhir untuk ROCC tahun ini. Terima kasih kepada semua sukrelawan tersebut.

CERAMAH KESIHATAN

Image
20 MAC - Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan murid. Justeru itu, pihak Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua dengan kerjasama Klinik Kesihatan Merlimau telah mengadakan ceramah kesihatan untuk semua murid. Perkongsian ilmu berkaitan kesihatan memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid. Semoga usaha ini berterusan untuk masa akan datang.

PELANCARAN PROGRAM 3K

Image
6 MAC - Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.  Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PI...

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Image
13 FEB -  Majlis pelancaran Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua secara rasmi telah dilancarkan pada 13 Februari 2017 dalam perhimpunan rasmi sekolah dan  telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Jamaluddin bin Kassim. Antara objektif program di bawah seliaan Unit Kaunseling sekolah ini ialah: i.- mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara guru dan murid ii.- mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. iii.- membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan idea dari guru-guru yang sentiasa mengambil berat ( caring ) terhadap kebajikan pelajar. Antara aktiviti dalam program tersebut ialah - Bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka - Penyerahan Mentor Mentee  - sesi potong kek untuk semua guru

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Image
6 FEB 2017 -Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini diadakan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Selain itu, ia juga berhasrat membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Program tersebut di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua melibatkan 484 orang murid dan 48 orang guru. Rentetan program tersebut juga, diadakan perasmian peti aduan murid yang telah disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Merlimau.