PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

6 FEB 2017 -Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini diadakan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Selain itu, ia juga berhasrat membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Program tersebut di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua melibatkan 484 orang murid dan 48 orang guru. Rentetan program tersebut juga, diadakan perasmian peti aduan murid yang telah disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Merlimau.



Comments

Popular posts from this blog

CERAMAH KESIHATAN

PELANCARAN PROGRAM 3K

AKTIVITI KECERIAAN BERSAMA SUKARELAWAN IM4U