PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

13 FEB - Majlis pelancaran Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua secara rasmi telah dilancarkan pada 13 Februari 2017 dalam perhimpunan rasmi sekolah dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Jamaluddin bin Kassim.

Antara objektif program di bawah seliaan Unit Kaunseling sekolah ini ialah:

i.- mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara guru dan murid
ii.- mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
iii.- membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan idea dari guru-guru yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan pelajar.

Antara aktiviti dalam program tersebut ialah
- Bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
- Penyerahan Mentor Mentee 
- sesi potong kek untuk semua guru



Comments

Popular posts from this blog

CERAMAH KESIHATAN

PELANCARAN PROGRAM 3K

AKTIVITI KECERIAAN BERSAMA SUKARELAWAN IM4U