PERTANDINGAN MEMBINA PERANGKAP NYAMUK
20 MAC - Pihak sekolah sekali lagi berjaya mengadakan pertandingan membina perangkap nyamuk. Program yang diadakan pada 20 Mac 2017 yang lalu sekitar jam 2.30 petang melibatkan semua murid Tahap 2 yang terlibat dengan kokurikulum.
Objektif aktiviti ini ialah :
1. Membantu pihak sekolah menyediakan perangkap nyamuk bagi mengelakkan nyamuk berkeliaran dalam kelas dan bilik-bilik khas
2. Persediaan mencari wakil murid ke peringkat negeri dalam konvensyen doktor muda
3. Mengetengahkan bakat dan potensi murid dalam reka cipta dan cintai alam sekitar
4. Memupuk semangat kerjasama dan mesra dengan rakan-rakan


Comments
Post a Comment