CERAMAH KESIHATAN
20 MAC -Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan murid.

Justeru itu, pihak Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua dengan kerjasama Klinik Kesihatan Merlimau telah mengadakan ceramah kesihatan untuk semua murid. Perkongsian ilmu berkaitan kesihatan memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid. Semoga usaha ini berterusan untuk masa akan datang.
Comments
Post a Comment