PELANCARAN PROGRAM 3K

6 MAC - Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. 



Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Majlis perasmian Program 3K peringkat Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua telah dirasmikan oleh Guru Besar SKMD iaitu Encik Jamaluddin bin Kassim pada 6 Mac 2017 yang lalu bertempat di tapak perhimpunan.

Semoga program ini mendapat kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat setempat.

Comments

Popular posts from this blog

CERAMAH KESIHATAN

AKTIVITI KECERIAAN BERSAMA SUKARELAWAN IM4U